Langkah antarabangsa Ziana Zain

Langkah antarabangsa beliau bermula sekitar tahun 1989 apabila diberi kepercayaan untuk merakamkan salah satu lagu tema Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-15. Kekuatan dan kelunakkan vokal beliau menerusi lagu "Lukisan Wajah Kasih" itu telah memukau seorang pemuzik handalan Jepun, George Kagi[perlu rujukan].

Lantas pada tahun 1992, Ziana ditawarkan untuk merakamkan sebuah lagu popular Jepun, "Chitose Bashi" nyanyian asal Mieko Nishijima menerusi album Asian Voices. Asian Voices merupakan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu popular Jepun. Seramai 200 penyanyi diseluruh Asia telah menghantar penyertaan untuk terlibat di dalam album tersebut, namun pihak pengurusan telah memilih 10 penyanyi terbaik Asia sahaja dan Ziana Zain merupakan salah seorang darinya. Penulis lagu tersebut, Kenji Kadoya telah memuji[perlu rujukan] suara Ziana yang disifatkannya sebagai unik dan bertenaga. Album tersebut telah mencatatkan kejayaan membanggakan apabila telah terjual lebih 75 000 unit pada hari pertama memasuki pasaran Jepun.

Lantaran kejayaan tersebut, Ziana Zain telah dipilih untuk merakamkan 2 buah lagu Inggeris di dalam album "Colors of Love" pada tahun 1993. Album ini merupakan usaha pihak BMG untuk memperkenalkan bakat-bakat Asia ke peringkat antarabangsa. Selain Ziana, terdapat 4 orang penyanyi Asia yang terlibat dalam album tersebut. Setelah berjaya dengan 2 buah album antarabangsa, akhirnya Ziana telah diberi kepercayaan untuk menyertai Festival Ratu Pop Asia.[51] Rancangan berbentuk hiburan muzikal ini juga telah disertai oleh nama-nama besar seperti Hetty Koes Endang dari Indonesia dan Kumpulan remaja Filipina, Smokey Mountain. Ziana Zain telah menyampaikan 3 buah lagu di dalam program tersebut dan antara lagu yang dinyanyikan beliau ialah "Anggapanmu", "Ku Cinta PadaMu" dan sebuah lagu Jepun "Chitose Bashi". Vokal beliau yang bertenaga telah memukau hadirin yang menonton.

Tahun 1995, merupakan kemuncak pada karier global beliau apabila telah memenangi hadiah utama di pertandingan Voice of Asia yang diadakan di Almathy, Kazakhstan[13][15][17]. Ziana telah berjaya mengetepikan 20 penyanyi dari 24 buah negara Asia lain untuk muncul sebagai juara pertandingan tersebut. Kejayaan ini juga telah mengukir nama Ziana di dalam The Malaysia Book of Records sebagai Artis Wanita Pertama yang Memenangi Pertandingan Antarabangsa. Sejak dari itu, penggembaraan antarabangsa beliau kian memuncak. Ini dibuktikan apabila pada 10 Mei 1995, beliau telah di undang untuk membuat persembahan di konsert Asia Live, dan dipancarkan secara langsung melalui stesen TV satelit Jepun, NHK Saluran Dua.

Pada tahun 1996, sejarah berulang kembali apabila Ziana Zain sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih Anugerah Melodi Emas di dalam Festival Muzik Jepun. menerusi lagu "Anggapanmu". Selain itu, pada 19 April 1996, Ziana Zain telah di beri penghormatan untuk merakamkan lagu-lagu tema Disney di dalam album A Musical Salute for Disney. Di dalam album tersebut, Ziana telah merakamkan lagu "Beauty and the Beast" dan "A Whole New World" berduet dengan Jatt. Album tersebut telah di pasarkan ke seluruh Asia dan Eropah dan telah terjual sebanyak 100,000 unit. Pada Ogos 1996, Ziana Zain telah diundang ke Singapura untuk menjayakan sebuah konsert yang diberi nama The Big Show.

Tahun demi tahun, Ziana terus mengorak langkah membina nama di persada antarabangsa. Ini dibuktikan apabila pada tahun 1997, beliau telah diundang bersama 15 selebriti Asia dan Antarabagsa ke Omega International Celebrity Club yang terletak di Crans Montana, sebuah resort ski dan golf ekslusif di Switzerland.[52][53][54][55] Pada tahun itu juga Ziana telah terpilih untuk menjayakan program hiburan Asian Music Scene bersama-sama Hetty Koes Endang dari Indonesia, Kelly Chan dari China dan Shinji dari Jepun.[56][57][58] Kejayaan demi kejayaan digapai Ziana. lantas tidak hairanlah pada tahun 1998, Ziana Zain sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk merakamkan salah satu lagu tema Sukan Komanwel 1998 iaitu "Strive for the Best".[59][60][61] Lagu tersebut telah diputarkan keseluruh dunia malah Ziana Zain juga telah di undang untuk membuat persembahan pembukaan sukan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur.

Selain menyanyi dan berlakon, Ziana Zain juga terkenal sebagai Ikon Fesyen. Kebijaksanaan beliau dalam berfesyen menjadikan Ziana satu-satunya artis Malaysia yang kerap diundang ke luar negara untuk memperagakan barangan jenama antarabangsa. Sebagai contoh, pada tahun 2002, Ziana telah diterbangkan oleh jenama jam terkenal OMEGA ke St Moritz, Switzerland sempena tahun keenam beliau sebagai duta produk tersebut.[62][63] Pada tahun 2003, sekali lagi beliau telah diterbangkan oleh OMEGA ke luar negara tetapi kali ini ke Auckland, New Zealand untuk menyaksikan perasmian Omega Seamaster.[64]

Pada tahun 2007 pula, Ziana Zain telah diundang ke Tembok Besar Negeri China, Beijing sempena pertunjukkan fesyen musim panas oleh FENDI.[65] Dan terkini, di tahun 2010, Ziana telah diterbangkan ke Australia oleh Louis Vuitton untuk photoshoot dengan barangan jenama tersebut.[66]

Rujukan

WikiPedia: Ziana Zain http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ma... http://www.budiey.com/mohd-ziana-zain-juara-mentor...